Teori kawalan motor adalah sejumlah kualiti atau idea abstrak tentang sifat pergerakkan dan sebab pergerakkan tersebut. Teori kawalan motor berusaha untuk menyediakan diri dalam menghadapi ‘apa’ dan ‘bagaimana’ manusia mengawalnya iaitu tindakbalas manusia terhadap sesuatu perkara sebagai contoh jika sesorang itu terkena cerek panas tindak yang dibuat adalah mengalihkan tangan dari cerek tersebut.
Teori Tindak Balas (Reflex Theory)
Teori tindak balas ini diasakan oleh Sherrington pada tahun 1906, Thorndike pada tahun 1927 dan Skinner pada tahun 1938. Pergerakan yang dilakukan oleh manusia pada asasnya dikawal oleh tindak balas iaitu pergerakan adalah kemuncak kepada urutan tindak balas yang berkait rapat dalam menghasilkan reaksi, perangai melalui syarat berkait rapat dengan kawalan motor dan tujuan tindak balas adalah untuk menjelaskan tingkah laku motor dapat dilihat oleh mata kasar.
Ciri-ciri Teori Refleks dan Teori Kawalan Motor
Terdapat tiga ciri-ciri bagi teori reflex dan teori kawalan motor iaitu bagi kedua-dua teori ini tidak ada penjelasan kepada keunikan pergerakan dan pengulangan tingkah laku tersebut. Iaitu pergerakan dan pegulangan kelakuan yang dilakukan oleh setiap individu tidak dapat dijelaskan keunikan pergerakan itu dilakukan oleh seseorang individu contohnya pergerakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh bayi yang cuba berjalan. Kedua-dua teori ini tidak boleh menjelaskan pelarasan-pelarasan dalam pelaksanaan lakuan motor . Teori-teori ini boleh digunakan untuk menjelaskan konsisten diantara setiap ciri-ciri pergerakan ruang dan masa, contohnya peringkat perkembangan motor halus dan kasar kanak-kanak. Menurut Sheridan (1984), dia mencadangkan ciri-ciri itu perlu ditunjukkan dalam sebarang teori kawalan motor seperti kelenturan pergerakan, keunikan pergerakan, ketekalan pergerakan dan modifiabiliti pergerakan.
Teori Berhierarki (Hierarchical Theory)
Tokoh yang terdapat didalam teori ini adalah Hughlings Jackson pada tahun 1850, Keela pada tahun 1968 dan Schmidt pada 1991. Berdasarkan satu hierarki, permulaan daripada otak dan neokorteks, otak memberi arahan kepada semua perbuatan keputusan dan prestasi . Otak adalah “komander tertinggi” , otak berhubung dengan peringkat bawah sistem pusat saraf semasa pelbagai bentuk lakuan motor. Model konsep, program motor, menyediakan satu cara untuk pemahaman bagaimana pergerakan boleh dirancang terlebih dahulu melalui kemahiran terbuka dengan 2 peringkat iaitu pusat kawalan eksekutif dan sistem efektor.
Ciri-ciri Teori Berhierarki
Terdapat beberapa ciri teori berhierarki iaitu melalui pengertian umum tentang pergerakkan motor , kelenturan pergerakan adalah melalui matlamat kepada sesuatu pergerakkan. Keunikan dan ketekalan tingkah laku motor boleh juga dijelaskan melalui program motor paradigm. Disamping itu, pergerakan yang dilakukan boleh mirip satu sama lain iaitu melalui menggabungkan keunikan pergerakan tersebut dengan keupayaan untuk melakukan pergerakan serupa pada tahap kepakaran tertentu contohnya berlari dan menendang bola, daripada gabungan ini maka wujudlah pergerakan yang dipanggil permainan bola sepak.
Teori Sistem Dinamik
Tokoh didalam teori ini adalah Bernstein (1967). Teori sistem dinamik juga dikenali sebagai Teori Ekologi atau Teori Sistem Tindakan. Didalam teori ini percaya bahawa persekitaran adalah sumber yang penting dalam memberi maklumat untuk sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Jika persekitaran yang didiami oleh kanak-kanak tersebut mengajar bahawa mencuri itu baik maka kanak-kanak tersebut akan melakukan perkara yang dianggap tidak salah itu. Tingkahlaku motor adalah ‘self organized’. Ia adalah tindakbalas daripada perhubungan atau cetusan daripada subsistem (neurological, biological, musculature).
Ciri-ciri Teori Sistem Dinamik
Ciri teori sistem dinamik terbentuk kerana terdapat interaksi dinamik antara individu dan persekitaran, kelenturan pergerakan dan pengubahan pergerakan secara terperinci. Pelakuan yang unik dan kesinambungan pergerakan juga termasuk didalam fungsi otot-otot. Otot seseorang individu berfungsi setiap kali dia melakukan pergerakan, tidak kira walaupun pergerakan itu kecil.
0 comments:
Post a Comment