BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

Teori sistem kawalan motor

Kemahiran tertutup

Berdasarkan kepada model kejuruteraan mekanikal, model itu memberi gambaran dan penjelasan yang lebih mudah tentang sistem kawalan motor yang kompleks ( CNS, sistem saraf periferi, sistem maklumbalas sensori dan sistem otot). Teori sistem kawalan motor ini dibahagi kepada dua iaitu kemahiran tertutup dan kemahiran terbuka.

Ciri utama dalam kemahiran tertutup ialah maklumbalas. Maklumbalas akan diperolehi melalui reseptor sensori dan laluan aferen. Tiga tugas maklumbalas ialah membenarkan pergerakan dilakukan seperti yang dirancang, memberi maklumat tambahan untuk pergerakan yang sedang berlaku dan membuat pembetulan kepada pergerakan yang sedang berlaku. Tujuan maklumbalas ialah memberi maklumat tentang pergerakan yang sedang dilakukan. Dalam sistem tersebut, pusat kawalan eksekutif (otak) bertindak memberi arahan untuk memulakan pergerakan (merancang). Selepas itu, sistem efektor (saraf tunjang otot) akan bertindak menggerakkan anggota badan.

Dalam model konsepsual kemahiran tertutup, input atau maklumbalas akan dikenalpasti jenis-jenis rangsangan yang akan dibuat. Respon akan dipilih melalui rangsangn tersebut dan akan diprogramkan oleh pusat kawalan eksekutif yang diingini (feedforward). Selepas itu, sistem efektor akan programkan motor. Programkan motor bererti pergerakan mana yang akan dilakukan. Apabila sistem tersebut diprogramkan, pergerakan akan ditunjukkan secara maklumbalas luaran sama ada secara visual dan audio. Maklumat sensori perlakuan yang sedang berlaku (feedback) akan membuat perbandingan, jika mempunyai kesilapan, maklumbalas atau input akan dikenalpasti dan diprogramkan semula.

Perlakuan dalam kemahiran tertutup ini ialah secara perlahan tetapi berterusan. Sasaran perbuatan kemahiran tertutup ialah dalam persekitan yang tetap dan stabil. Contoh pergerakan atau kemahiran yang tergolong dalam kemahiran tertutup ialah menaiki tangga, menembak atau memanah pada sasaran yang tetap dan bermain bowling. Kemahiran tertutup ini sangat berbeza dengan kemahiran terbuka.

Kemahiran terbuka

Kemahiran terbuka merupakan satu kemahiran yang mempunyai dua elemen penting iaitu suasana dan persekitaran. Dalam kemahiran ini, suasana dan persekitaran adalah sentiasa berubah-ubah atau tidak stabil dan sukar untuk diramal sehingga pemain dalam sesetengah permainan berkemahiran terbuka perlu mengagaknya serta mengenalpasti perubahan-perubahan dan menyesuaikan tindakan mereka mengikut perubahan yang diperhatikan dari semasa ke semasa.

Dalam permainan yang dikategorikan sebagai kemahiran terbuka ini, pemain memiliki kemahiran yang berbeza mengikut keadaan. Permainan yang berkaitan dengan kemahiran terbuka juga sememangnya mempunyai corak strategi pengajaran dan latihan yang berbeza.

Contohnya, dalam permainan bola sepak, corak kemahirannya sentiasa berubah dan tidak tertumpu kepada satu kemahiran atau satu arah tuju sahaja. Pemain bola sepak boleh melakukan pergerakan dengan pelbagai kemahiran dan bergerak secara rawak mengikut kawasan tertentu. Mereka tidak dihadkan untuk menggunakan seberapa banyak kemahiran dalam satu-satu permainan. Kemahiran tidak tertumpu kepada kemahiran yang sedia ada. Setiap pemain harus melatih diri supaya mempelbagaikan kemahiran setiap masa. Hal ini demikian kerana kemahiran yang ditunjukkan oleh pemain akan membantu pemain lawan mengesan kelemahan daripada kemahiran tersebut. Dengan kemahiran yang sentiasa dicipta dan dikawal dari semasa ke semasa, akan menyukarkan pemain lawan mengetahui tahap prestasi dan kemahiran yang kita miliki.

Antara permainan yang dikaitkan dengan kemahiran terbuka ialah permainan bola sepak, hoki, badminton, sepak takraw, pukulan rali dalam tenis, ping pong, menembak pada sasaran yang bergerak dan sebagainya. Permainan-permainan ini turut diberi kebebasan pada pemain untuk mempelbagaikan kemahiran bagi mengelirukan pihak lawan.

2 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

syabas dan taniah saya ucapkan kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya dan cemerlang. Kemungkinan lebih baik jika gambar bahagian otak serta carta-carta dalam pembentangan anda dimasukkan sekali dalam topik ini supaya lebih jelas

missnjpakkupsi

Unknown said...

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

taniah dan syabas kerana telah melaksanakan tugasan anda semua dengan cemerlangnya. Lagi baik kalau dimasukkan gambar, video dan carta yang bersesuaian bagi menjelaskan lagi pemahaman pembaca blog ini terutamanya tentang tajuk yang dibincangkan

missnjpakkupsi