Secara ringkaskan kawalan motor merujuk kepada mekanisma sistem biologi yang menghasilkan lakuan motor.Hal ini dimana kawalan motor dikawal oleh sistem saraf otak dan otak ini yang mengawal segala perlakuan motor kanak-kanak.
Perkembangan motor ialah perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.Perubahan ini sama dengan hasil daripada proses seumulajadi seperti tumbesaran,kematangan dan penuaan.
Pembelajaran motor pula ialah kajian mengenai pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor (kekal) yang berlaku hasil daripada latihan.Dengan kata lain,pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pergerakan yang kekal.Pembelajaran yang berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowlegde of performance) dan keputusan (knowlegde of result).
0 comments:
Post a Comment