BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

Kawalan motor dan kemahiran motor

4.1 Kawalan motor

Menurut Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmum (2006) menyatakan bahawa kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan,anggota badan dan bahagian badan.Hal ini menerangkan bahawa pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa maklumat.Di samping itu,kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.Kawalan motor ini bertindak sebagai mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawal kedua-duanya. Kawalan pergerakan yang mencapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi dimana ia dikawal oleh otak dan sistem saraf.

4.2 Lakuan motor

Lakuan motor terhasil daripada pergerakan yang melibatkan pelbagai jenis otot badan. Lakuan motor adalah penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi oleh kanak-kanak supaya setiap apa aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada pergerakan dan kecederaan.Selain itu,kemampuan atau kebolehan biomotor melibatkan kekuatan,kelajuan,daya tahan dan koordinasi. Kemampuan motor dapat membantu keseluruhan (total fitness).

Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan perlakuan motor seperti berlari,lompat selang,senaman yang dikerjakan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.Tingkah laku kanak-kanak merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.Hal ini demikian kerana pergerakan amat penting untuk memenuji keperluan hidup yang sempurna.Di samping itu,jika tiada perlakuan motor maka pergerakan tidak dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna.Pergerakan ini juga berkait rapat dengan kemahiran motor.

4.3 Kemahiran motor

Kemahiran adalah satu tindakan,tugas atau corak tindak balas tertentu serta kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan.Hal ini adalah kerana satu sifat am yang bergantung kepada faktor-faktor keturunan,persekitaran dan pembelajaran.Menurut Maier (1980) dalam Arosoo (1989),kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubungan dengan persekitaran tertentu.Di samping itu,kemahiran motor juga merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan.Menurut Singer (1972),beliau telah menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor abilities),ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif.

Menurut Fartel (1960),kemahiran motor terbahagi kepada 3 bahagian iaitu cyclic,acylic dan gabungan acylic.

4.3.1 Cyclic

Kemahiran cyclic adalah kemahiran yang melibatkan sukan seperti jalan kaki,berenang,lumba basikal dan lain-lain.Ciri-ciri utama dalam penglibatan pergerakan motor yang berulang-ulang.Apabila pusingan pergerakan motor dipelajari atau dikuasai akan membolehkan pergerakan tersebut dilakukan dalam jangka masa yang lama.Walaupun setiap pusingan pergerakan adalah hasil daripada beberapa fasa pergerakan yang menjadikannya satu pusingan pergerakan yang lengkap.Contoh kemahiran cyclic seperti seperti jalan kaki,berlari,berenang,lumba basikal dan lain-lain.

4.3.2 Acylic

Kemahiran ini adalah kemahiran gabungan dari kesempurnaan yang dilakukan melalui satu aksi.Contoh kemahiran bagi kemahiran acylic adalah badminton di mana adalah hasil gabungan pergerakan hayunan,transisi,pusingan,pukul dan langkah semuanya dilakukan melalui satu aksi sahaja.

4.3.3 Gabungan acylic

Kemahiran gabungan acylic adalah gabungan cyclic dan diikuti oleh pergerakan acylic.Kemahiran ini melibatkan semua jenis lompatan,bagi acara padang dan balapan.

Terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor.Ianya bolehlah dikatakan sikap atau persekitaran dan faktor genetik,termasuklah perkembangan sistem saraf dan fungsi neurologikal.Menurut Vasuderan (1989) dan tambahnya lagi kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor yang disebutkan.

4.4 Aspek perlakuan motor dan kemahiran motor

Perlakuan motor dan kemahiran mempunyai hubung kait dan persamaan.Hal ini demikian kerana,dengan perlakuan motor maka terhasilnya kemahiran serta pergerakan.Terdapat beberapa komponen dalam aspek ini.Komponen ini terdiri daripada koordinasi,imbangan,ketangkasan,kuasa,masa tindak balas dan kepantasan.

Koordinasi ialah ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang kanak-kanak.Koordinasi ini melibatkan penyelarasan kesemua anggota badan.Hal ini demikian,koordinasi amat penting dalam melakukan pergerakan dan kemahiran kerana jika koordinasi tidak dapat dilaksanakan dengan baik,maka ini akan menyebabkan pemasalahan dalam melakukan pergerakan.

Imbangan pula merujuk kepada kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang kanak-kanak dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan.Di samping itu,imbangan juga membawa maksud kebolehan mengekalkan kedudukan teguh semasa melakukan pergerakan atau keadaan diam sebagai contoh bayi yang berusia antara 4-6 bulan belajar untuk duduk dan dia memerlukan keseimbagan badan untuk duduk atau pun bayi yang baharu belajar untuk berjalan.

Kuasa pula merujuk kepada kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan kanak-kanak dalam melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejutkan/explosive) yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kekuatan yang tinggi.

Ini adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat ianya gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.

Ketangkasan pula ialah kebolehan seseorang kanak-kanak melakukan pergerakan berurutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.Kebolehan menukar kedudukan di ruang tamu tertentu secara kemas dan mudah.

Masa tindak balas ialah merujuk kepada sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.Kelajuan pula ia berkait rapat dengan masa.Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.Contohnya kepantasan kanak-kanak semasa berlari atau berjalan.Kecergasan pula merujuk kepada mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja seharian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minimum serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa kesengganan dan ketika dalam kecemasan.Hal ini demikian kerana,kanak-kanak tidak pernah berasa letih dalam bermain kerana bermain adalah aktiviti bagi mereka.

0 comments: